Padah menimpa dua warden Penjara Pengkalan Chepa apabila Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga dan dua tahun serta denda RM15,000 atas kesalahan rasuah.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ketua Inspektor Penjara, Mohd Zambri Abdullah, 39 tahun, serta Lans Koperal Dzul Azam Nani, 34 tahun selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.