20 pemain futsal yang dipanggil bukan muktamad

0
57

#BuletinBernama : 20 pemain futsal yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Ahad lalu, bukan senarai muktamad pilihan Chiew Chun Yong untuk dibawa menggalas cabaran negara ke Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Vietnam.

Sebaliknya dengan aksi Liga Perdana Futsal (MPFL) yang masih berlangsung sehingga akhir September, ketua jurulatih kebangsaan itu berkata, peluang pemain lain untuk mencuri perhatian masih terbuka, dengan hanya yang terbaik akan dibawa ke Ho Chi Minh City, Oktober depan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.