2,000 pelari tempatan & luar negara sertai CULTRA 2019

0
79

#BuletinBernama : Hanya kurang setengah jam sesi pendaftaran dibuka dalam talian, penganjur Cameron Ultra Trail (CULTRA) 2019 sudah tidak menang tangan.

Untuk tempoh 15 minit sahaja, slot penyertaan seramai 2013 orang peserta untuk larian rentas denai edisi ke-4 itu telah penuh dan terpaksa ditutup lebih awal.

Pengarah Acara, Zulkiflee Zainal berkata kejohanan yang akan berlangsung selama dua hari bermula 27 Julai ini bukan sahaja disertai pelari tempatan, malah turut menggamit minat peserta dari 28 buah negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.