Polis merampas 252.16 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM630,250 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Jalan Kampung Kuala Lanjut, Kubur Panjang, di Pendang, Kedah pada Selasa.
 
Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, anggota unit kereta peronda Ibu Pejabat Daerah Kota Setar sedang membuat rondaan di sekitar Pokok Sena sebelum terserempak dengan dua kereta yang dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4.30 pagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.