Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, seorang bekas Perdana Menteri dan isteri beliau berada di mahkamah untuk menghadapi pelbagai pertuduhan.

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada pukul 8.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis.

Manakala, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini tiba pada pukul 8.27 pagi bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.