Pelajar Universiti Malaysia Perlis maut selepas kereta Proton Wira dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok di Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nazrin Azlan, 21 tahun, berasal dari Alor Mengkudu, Alor Setar dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.