Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang berdepan enam pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion, bagi memindahkan kes mereka ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Timbalan Pendaftar Nurliana Ismail, yang turut dihadiri peguam Rahmat Hazlan bertindak bagi pihak Najib dan Datuk K. Kumaraendran mewakili Mohd Irwan Serigar.