Kerajaan sedang menyediakan dokumen diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Pemerbadanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata berdasarkan Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 klausa 3(c), penubuhan anak syarikat adalah tidak dibenarkan.