Kementerian Pendidikan komited mencapai sasaran 60,000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023 menerusi Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dan inovatif dalam memastikannya berjaya dicapai menerusi penawaran pelbagai Skim Geran Penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan.