Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan berhampiran Jalan Sulaman, di Tuaran petang semalam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Faizal Wahid berkata, kejadian itu mengakibatkan Sarjan Mohd Norzanyzan Mohd Din mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.