Pencarian seorang kru kapal warga Bangladesh yang dipercayai hilang selepas kapal MV Amanda dinaiki terbalik dan karam di Tanjung Sepang, Kota Tinggi, Johor, diperluaskan kira-kira 120 batu nautika persegi.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memperluaskan operasi meliputi timur Tanjung Penawar sehingga Tanjung Sepang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.