Sebuah syarikat perkhidmatan katering di Rantau, Negeri Sembilan menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya membuat tosai sepanjang 8.1 meter dan sekali gus diiktiraf sebagai Tosai Terpanjang.

Sijil Malaysia Book of Records diserahkan wakil MBOR, Buvaneswaren Naidu kepada pemilik Aachi Kitchen Catering, R.Suselah, sejurus selesai mengukur kepanjangan tosai tersebut yang turut menarik perhatian orang ramai.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.