Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kekal dengan keputusan untuk membawa kes perpindahan kontroversi Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan akan menerima sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh badan itu.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan, tindakan tersebut bukan kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan nilai tebus kontrak dan bayaran diterima KFA, namun ia membabitkan soal berpegang kepada peraturan yang telah digariskan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.