Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan nasib atlet di bawah naungan Persatuan Triathlon Malaysia dan Persatuan Luncur Ais Malaysia akan terbela walaupun kedua-dua persatuan sukan berkenaan digantung oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memastikan kebajikan atlet kedua-dua persatuan terbabit mendapat pembelaan sewajarnya agar mereka dapat terus beraksi dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.