Tiada bom yang ditemui dalam kereta Perodua Axia di sebuah stesen minyak di Pasir Mas, Kalantan, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Mohammad Piah, berkata pemeriksaan polis dan unit pemusnah bom tidak menemui sebarang bahan letupan dalam kenderaan itu. 

Pemeriksaan polis sehingga pukul 1 pagi tadi tidak menemui sebarang alat mencurigakan yang dikaitkan dengan bom atau bahan letupan. 

Stesen minyak berkenaan juga telah dibuka semula selepas disahkan selamat. 

Pihak polis juga akan mengambil keterangan pemandu kereta Perodua Axia untuk siasatan lanjut. 

Dalam kejadian 9.50 malam tadi, suasana di stesen minyak berkenaan kecoh selepas pemandu Perodua Axia memaklumkan kepada pekerja di stesen berkenaan terdapat bom dalam kenderaannya. 

Pekerja terbabit yang terkejut dengan laungan lelaki berkenaan dan terus menghubungi pihak polis. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.