Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengadakan perbicaraan secara bersama yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan pindaan laporan audit syarikat tersebut.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi setelah mendengar permohonan pihak pendakwaan, Tan Sri Gopal Sri Ram pada prosiding sebutan semula kes pada Jumaat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.