Pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin mengakui barisan pemain beregu negara berdepan cabaran lebih besar susulan pengunduran gandingan Goh V Shem/Tan Wee Kiong daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini.

Yew Sin juga menganggap ketiadaan gandingan senior tersebut sebagai satu kehilangan memandangkan bekas beregu nombor satu dunia itu merupakan rakan ‘sparring’ yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar ketika sesi latihan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.