Penyanyi nasyid diberi peluang nyanyi lagu Ullala

0
106

Dua penyanyi nasyid tempatan diberikan peluang menyanyikan lagu Tamil bertajuk ‘Ullala’ daripada filem ‘Petta’, filem terbaharu lakonan superstar filem Tamil, Rajinikanth yang akan digunakan untuk video promosi filem tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, lagu dinyanyikan Mu’adz Dzulkefly dan Azwan Ibrahim itu akan digunakan untuk klip video bagi mempromosikan filem itu di negara-negara Asean.​​​​​​​

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.