Sepatu baru buat Ifan..

0
186

Oleh : Zanariah Nor Zin
Banten, Indonesia

Dari jauh kelihatan kanak-kanak berlari mengejar lori membawa muatan berupa barangan sumbangan.

Mereka tahu, setiap kenderaan besar yang masuk ke kawasan Pantai Sumur pasti membawa sesuatu untuk mereka.

Sekitar 30 kanak-kanak itu, mata saya tertumpu dengan sosok kecil.

Malu ketika pertama kali didekati.

Mungkin tak biasa melihat ‘orang luar’ seperti saya di kawasan ini.

Namun, setelah saya menghulurkan plastik berisi kelengkapan sekolah, kanak-kanak berusia 7 tahun itu tersenyum lebar.

Mohamad Erfan Maulid atau dipanggil Ifan sepatutnya memulakan alam persekolahan hari ini. (Isnin, 7 Januari).

Ibunya, Ramani ketika ditemui menceritakan keterujaan anak bongsu daripada 3 beradik itu untuk memulakan sesi persekolahan.

Namun, peristiwa 22 Disember itu seakan melenyapkan impian Ifan.

Segala kelengkapan persekolahan hilang dihanyutkan air laut.


Ketua Misi GPM Malaysia, Syahrir Azfar Saleh bersama Ifan.

Penulis bersama Ifan menunjukkan kasut hampir serupa

Keberadaan saya disini kerana mengikuti rombongan sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Menurut perkiraan saya, GPM Malaysia mengambil langkah bijak memberi bantuan berupa kelengkapan sekolah memandangkan banyak pihak telah menghulurkan sumbangan makanan dan keperluan lain.

Kredit harus diberikan kepada Ketua Pegawai Operasi GPM Malaysia merangkap Ketua Misi #pedulitselatsunda 1.0 Syahrir Azfar Saleh dan Ketua Jabatan Jualan dan Pengumpulan Dana, Amirul Asraf Mat Arif serta sukarelawan GPM Indonesia kerana tidak terburu-buru membeli barang bantuan di Kota Serang semalam.

Kesemua mereka bersengkang mata sewaktu kami bermalam di Kota Serang memikirkan bantuan terbaik buat mangsa tsunami di Sumur.

Nah.. akhirnya 108 murid-murid sekolah dasar boleh tersenyum kembali.

Ibu bapa boleh menarik nafas lega.

Kelengkapan persekolahan anak akhirnya diterima dengan percuma.

Ini semua hasil dana yang didermakan kita, rakyat Malaysia.

Teruskan menghulur bantuan dan anda boleh berbuat demikian melalui talian www.billplz.com/peduliselatsunda atau deposit ke Bank Global Peace Mission di akaun Maybank Islamic (5642-2161-1602); Bank Islam (1402-30100-29224); dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871).

Selain wartawan dan jurukamera BNC, Mohammad Hafiz Ahmad Kamal, misi #peduliselatsunda 1.0 turut disertai wartawan Bernama, Muhammad Afiq Mohd Asri.

Tsunami, yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas, berlaku ekoran pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan Gunung Anak Krakatau yang diikuti gombang air pasang serta gelombang kuat.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan sehingga kini lebih 400 orang maut manakala 30,000 hilang tempat tinggal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.