Polis menahan pekebun berusia 57 tahun selepas disyaki memiliki bakakuk, sejenis senapang buatan sendiri, selain peluru dan kelongsong peluru dalam satu serbuan di Kampung Tiku Ruminding, Inanam, pada 4 Januari lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan seorang lelaki tempatan yang juga rakan suspek, yang mendakwa suspek melepaskan satu das tembakan ke udara berikutan berlaku perselisihan faham dan pertengkaran, selain faktor mabuk. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.