Senarai akhir pemain diketahui selepas aksi persahabatan…

0
38

Menjelang aksi persahabatan skuad bawah 22 tahun negara di Thailand minggu depan…

Senarai akhir 23 pemain yang bakal mewakili negara dalam perlawanan itu hanya akan diketahui sejurus tamat aksi persahabatan skuad itu menentang pendatang baru Liga Super, MIFA pada Sabtu.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berkata, perlawanan tersebut bakal menjadi medan penentu buat para pemain membuktikan keupayaan masing-masing andai mahu turut serta ke Bangkok.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.