PAS bersedia untuk menzahirkan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik PAS sekiranya diminta SPRM untuk tujuan siasatan tersebut.