Ibu rayu bawa pulang 47 rakyat Malaysia di Kemboja

0
70

Ibu enam anak, Zunita Sedini merayu bantuan kerajaan untuk membawa pulang anak sulungnya, Yusuf Islam bersama 46 lagi rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Kemboja sejak 16 Disember lalu, dipercayai ditipu sindiket pemerdagangan manusia.

Zunita, 45 tahun berkata, anaknya yang baru habis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dijanjikan peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan sehingga US$1,500 namun tidak mendapat pekerjaan yang dijanjikan setibanya di negara itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.