Komited pastikan tapak SMS Seri Puteri dikekalkan

0
26

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang juga Anggota Parlimen Segambut berkata, beliau akan menulis surat kepada Kementerian Pendidikan bagi memastikan tapak Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dikekalkan sebagai tapak sekolah, susulan beberapa kes kawasan sekolah di ibu negara dijual untuk tujuan pembangunan.

Beliau menegaskan tapak sekolah berkenaan serta Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell yang terletak bersebelahan juga perlu dikekalkan sebagai institusi pendidikan dan tidak sepatutnya diubah suai kepada tanah komersial.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.