Seratus pekerja asing tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman terbakar

0
37

Kira-kira 100 warga asing yang menjadikan 30 buah kontena sebagai kediaman mereka di tapak pembinaan di Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang tinggal sehelai sepinggang setelah tempat tinggal mereka musnah terbakar hari ini.

Bagaimanapun, kesemua pekerja dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh itu berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan dalam kejadian pada pukul 7.25 pagi tadi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.