Dewan Rakyat bahas usul tergempar bencana pembuangan sisa kimia

0
44

Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai bencana pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof berkata usul yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim itu dibenarkan setelah ia memenuhi semua kriteria di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) iaitu merupakan perkara-perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan harus disegerakan.

Beliau menetapkan supaya usul tersebut dibahaskan selama 60 minit bermula 4.30 petang ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.