Pengguna media sosial Facebook, Instagram dan Whatsapp mengalami gangguan menggunakan aplikasi tersebut beberapa jam lalu dan menjadi perbualan hangat di laman Twitter.

Rata-rata pengguna media sosial panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru melalui aplikasi itu.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.

Ada antara pengguna Whatsapp yang tidak dapat menghantar foto dan video. 

Facebook dalam pemakluman yang dikeluarkan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka. 

Facebook juga mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka. 

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini. 

Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima. 

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.