Periksa MPV polis: Tiga lelaki direman tiga hari

0
22

Tiga individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam insiden memeriksa kenderaan peronda polis sewaktu Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau pada Sabtu lalu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 52 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, dengan menaiki trak polis dan berpakaian lokap polis serta tangan masing-masing bergari.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.