Wanita OKU rentung dalam kebakaran di Sarawak

0
36

Seorang wanita OKU rentung, manakala ibunya warga emas melecur badan serta lengan, dalam kebakaran di Rumah Panjang Chandi di Selangau, dekat Bintulu, Sarawak malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan pagi ini berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Riti Jubi, 43 tahun.

Manakala ibunya Diah Bunyah, 80 tahun melecur 10 peratus dalam kebakaran yang meranapkan sama sekali rumah panjang 22 pintu itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.