Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan berbanding aliran penumpang menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), berikutan kelebihan laluan darat dalam memacu transaksi penghantaran di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan.

Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata muatan kargo itu akan menyumbang kira-kira 70 peratus kepada hasil, berbanding aliran penumpang sebanyak 30 peratus, berikutan masa perjalanan lebih singkat serta kebergantungan lebih tinggi sebagai kaedah atau mod pengangkutan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.