Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderoh serta 10 anggota UMNO dalam perjalanan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara terselamat dalam kemalangan di KM 329 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah, Perak awal pagi tadi.

ADUN Chenderoh Datuk Zainun Mat Noor, 62, dan sembilan mangsa lain termasuk pemandu kereta Proton Exora mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Tapah, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital di Ipoh kerana mengalami kesukaran bernafas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.