‘Ahmed Madinah’ bayi kelahiran pertama bagi Musim Haji 1440H

0
168

Seorang jemaah Haji dari komuniti India, Del Shad menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang dinamai ‘Ahmed Madinah’, bayi pertama dilahirkan pada musim Haji 1440H, demikian dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

SPA memetik Jurucakap Penerangan Hal Ehwal Awam, Mohammed Al-Jasser sebagai berkata, sijil kelahiran yang pertama itu kepada seorang jemaah diserahkan oleh Menteri Dalaman Agensi Hal Ehwal Awam kepada Del Shad, yang isterinya melahirkan anak itu di Madinah.

Menurut agensi berita itu, Del Shad menjelaskan bahawa kerana kasihnya terhadap kota Madinah membuatkan beliau memilih nama ‘Ahmed Madinah’ sebagai nama bayi yang baru dilahirkan itu.

Del Shad juga menyatakan rasa gembiranya dengan kelahiran itu dan perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan, demikian menurut laporan SPA.

— BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.