Program All-Ladies Treasure Hunt 2019 (ALTH 2019) kembali ke Melaka pada 4 dan 5 Mei ini menyaksikan 250 peserta melibatkan 60 kenderaan bakal memburu hadiah wang tunai bernilai RM12,000 berserta hadiah iringan lain.

Acara kembara mencari harta karun ke-5 anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) bertemakan ‘Jejak Hang Li Po’ itu pernah diadakan di Melaka pada 2013.

Acara dwitahunan tersebut disertai wartawan, petugas wanita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), ahli Puspanita Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta wanita awam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.