Angka kematian akibat gempa bumi kuat dan tsunami di Sulawesi terus meningkat mendadak daripada 400 kematian, yang direkodkan tengahari tadi.
 
Terkini, mengikut data diperoleh pihak berkuasa Indonesia, 832 orang disahkan terbunuh, kebanyakannya dihanyutkan ombak besar akibat tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi kelmarin.
 
Daripada jumlah itu, 821 yang maut direkodkan di Kota Palu manakala selebihnya di daerah Donggala.
 
Semua korban difahamkan telah mula dikebumikan beramai-ramai, bagi mengelak penularan wabak berbahaya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.