Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan menghantar pasukannya ke Palu di Sulawesi, Indonesia yang terjejas akibat bencana gempa bumi dan tsunami sekiranya menerima permohonan daripada negara itu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, buat masa ini tiada permohonan diterima daripada pihak Indonesia. Namun, ATM sentiasa bersiap sedia bagi memenuhi keperluan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.