Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan lawatan kerja ke Kelantan selama dua hari mulai esok untuk membentangkan beberapa kertas cadangan dan pelaksanaan program pembangunan ekonomi negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata kerajaan komited untuk merapatkan jurang antara wilayah dengan menjadikannya sebagai agenda utama dalam tiga tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-11, tanpa membiarkan mana-mana negeri tertinggal di belakang.


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.