Seorang pengedar dadah yang dikenali sebagai ‘Boy Sanpeng’ telah ditangkap oleh Polis di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Lelaki yang berusia 41 tahun itu ditahan pukul 1 tengah hari ketika sedang berurusan dengan pelanggan tetapnya di parkir motosikal di kawasan berkenaan.