Mekanisme dan hala tuju projek mega Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dijangka akan dimuktamad dan diputuskan selewat-lewatnya awal September ini.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kementeriannya akan melantik jurutera perunding bebas bagi menilai semula pelaksanaan projek melibatkan pakej-pakej kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor projek berkenaan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.