JKDM Kelantan rampas rokok bernilai RM1.1 juta

0
94

#BuletinBernama : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM1.1 juta di sebuah gudang di Pengkalan Chepa Kelantan pada Ahad lepas.

Pengarah Kastam negeri Mohd Rakbi Mat Saud berkata rampasan itu dilakukan pasukan operasi JKDM cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor pada 7.30 malam selepas mendapat maklumat awam berkaitan barangan larangan itu.

Rampasan itu merupakan kedua terbesar oleh Pasukan Operasi JKDM Kelantan tahun ini selepas kejayaan pada 21 Jun lepas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.