Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamatkan 24 gelandangan dalam Operasi Bersepadu membendung gejala kutu rayau dan gelandangan di sekitar bandar Sandakan, malam tadi.

Operasi bersepadu hampir tiga jam yang berakhir pukul 1.30 pagi itu, disertai Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Sandakan.

15 lelaki, enam wanita dan tiga kanak-kanak diselamatkan dalam operasi berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.