Kerajaan bentang Pindaan Perlembagaan baharu esok

0
89

#BuletinBernama : Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran automatik dan kelayakan calon pilihan raya kepada 18 tahun di Dewan Rakyat, esok.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini setelah kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan sebelum ini, bagi turut meminda perkara berhubung pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.