KKM guna kaedah nyamuk aedes mengandungi Wolbachia tangani kes denggi

0
97

#BuletinBernama : Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggunakan kaedah pelepasan nyamuk aedes mengandungi bakteria Wolbachia secara berperingkat di seluruh negara bagi mengawal dan menangani kes denggi yang meningkat saban tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata langkah ini susulan kejayaan kajian rintis di lapan lokaliti kes denggi di Selangor sejak Mac 2017 yang menunjukkan penurunan kes sebanyak 50 hingga 80 peratus di setiap lokaliti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.