Pendahulu, Johor Darul Ta’zim mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Super dalam misi mempertahankan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan pencabar terdekat, Pahang 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kejayaan mengekalkan aksi tanpa kalah dengan rekod 10 kemenangan daripada 13 perlawanan itu menyaksikan skuad ‘Harimau Selatan’ mengumpul 33 mata untuk selesa menerajui takhta liga dengan kelebihan lapan mata, meninggalkan Pahang di kedudukan kedua.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.