Liu Ying berazam tampil lebih cemerlang di Kejohanan Badminton Dunia

0
99

#BuletinBernama : Selepas beberapa kali terkandas di pusingan awal dan suku akhir dalam edisi Kejohanan dunia sebelum ini, pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying berazam tampil lebih cemerlang sekali gus ingin menamatkan badi tersebut pada Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland, yang membuka tirai 19 hingga 25 Ogos ini.

Bagi Liu Ying, dirinya mahu merasai ‘momen terindah’ tersebut dengan misi utamanya adalah untuk meraih pingat tanpa mengira warna di kejohanan berprestij itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.