MAGB dan Khazanah sedang bekerjasama pulihkan prestasi MAB

0
102

#BuletinBernama #DewanRakyat

Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) kini bekerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd untuk menggubal semula strategi serta menilai semua pilihan strategik, untuk memulihkan prestasi syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata MAGB sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk mengurangkan kerugian melalui peningkatan pendapatan dan inisiatif rasionalisasi kos.

Manakala MAB kini pula, giat meneroka pelbagai peluang strategik serta rangkaian kerjasama yang mampu membawa kebaikan kepada syarikat penerbangan tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.