Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) mengambil pendekatan tersendiri apabila memperkenalkan sistem ranking bagi atlet karate negara dalam misi mengenal pasti potensi dan kualiti sebenar mereka sekaligus layak dipilih untuk beraksi di Sukan Sea Manila, Filipina, November depan.

Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, prestasi yang ditunjukkan skuad karate negara di setiap kejohanan disertai bakal menjadi kayu pengukur sebelum pemilihan atlet dibuat menjelang temasya dwitahunan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.