Megat dakwa Khairy tanding di MPM melalui ‘pintu belakang’

0
121

#BuletinBernama : Selepas isu kelewatan menghantar borang pencalonan bagi pemilihan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), kini status Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF) pula dipersoalkan.

Lawan Khairy bagi jawatan presiden, Datuk Megat D Shahriman Zaharudin tampil dengan beberapa bukti untuk mengheret bekas Menteri Belia dan Sukan itu kembali ke kancah kontroversi.

Beliau mendakwa Khairy bukan wakil ahli gabungan yang sah untuk bertanding di MPM, apabila kedudukan beliau dalam MWRF ‘melalui pintu belakang’.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.