Megat Shahriman akan terus tanding jawatan Presiden MPM

0
75

#BuletinBernama : Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memberi bayangan, beliau akan terus bertanding jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), biarpun badan induk itu kini dibelit kontroversi.

Di sebalik pendirian itu, beliau juga menggesa pihak tertentu yang cuba memanipulasi pemilihan MPM agar tampil memperbetulkan keadaan sambil beliau turut memberi mesej ringkas bahawa adalah tidak salah untuk mereka yang terlibat tampil meminta maaf.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.