Senyuman terukir di wajah rakyat Jasin, Melaka, apabila ditanya tentang projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dilaksanakan di daerah luar bandar itu, setelah sekian lama mencemburui kemudahan Internet berkelajuan tinggi di kawasan bandar negeri ini.

Mereka kini bakal menikmati kemudahan tersebut melalui NFCP yang fokus menyediakan Internet berkelajuan tinggi kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar seterusnya dilihat bakal memacu kehidupan mereka menuju era ekonomi digital.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.