Seorang remaja lelaki maut digilis lori, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka bergesel dengan kenderaan berat itu, di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh – Butterworth, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, motosikal dinaiki dua remaja berkenaan dipercayai bergesel pada bahagian kiri lori menyebabkan motosikal mereka hilang kawalan dan jatuh sebelum mangsa digilis lori berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.